Ku Harap Cinta.

Mac 7, 2011

Waaa…super jiwang tajuk entri ini. Haha. Udah ler lama tidak menulis. Bila mula nak menulis ayat ni pula yang menggerakkan. Cayalah!

Now – see – heart

Sebenarnya ini tajuk lagu nyanyian kumpulan Nowseeheart. Lama dah tak melayan lagu nasyid. Umum sekarang ramai yang minat lagu Maher Zain. Alhamdulillah, nasyid luar negara pun dah mula masuk Malaysia dan mendapat sambutan ramai. Nasyid Inggeris lagi!

Tapi sudahkah pandangan umum tentang hiburan dalam Islam telah diperbetulkan?

Mampukah nasyid yang didendangkan mencapai objektif dan matlamatnya?

Aikkkk…bernasyid pun ada objektif dan matlamat ke?

Haa…la! Everything has its purpose! Everything! Ia apa yang kita niatkan.

Niat sebagai neraca

Imam an-Nawawi rahimahullah telah menukilkan dalam kitab hadith 40-nya (Matan Arbain) yang meletakkan hadith niat di tempat yang pertama. Majoriti ulama hadith mengakui kepentingan hadith ini. Semua mesti pernah dengar kan?

َعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول “إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجـر إليه

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”

[Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Memahami, menjiwai, dan beramal

Aikkk…dah ubah nada dah entri ni. Mesti ramai malas nak teruskan membaca, kan?

Tapi sama ada kita setuju atau tak, ini adalah realiti. Banyak di antara kita hari ini membaca dan mendengar tetapi tidak memahami. Mendengar hadith selepas solat (seperti yang diamalkan di beberapa surau dan masjid) tetapi tak faham maksudnya. Sekadar ambil berkat mendengar. Sure Rasulullah SAW sedih kalau baginda ada di sekeliling kita. Hadith baginda yang mahal harganya itu dilayan sebegitu rupa. Yang mendengar malas membaca. Yang membaca malas memahamkan.

Macam mana dengan yang tak membaca dan mendengar langsung?

Huhu…no comment! Panjang pula nanti entri ni.

Walau apa pun percayalah, ilmu jika tidak difahami ibarat mencurah air ke daun keladi. Tapi bila ilmu difahami, akal akan ligat berfikir. Apabila ilmu dijiwai, hati akan tersentuh. Apabila akal dan hati bersatu, amal akan bertambah padu.

Ternyatalah, muslim itu orang yang beriman dan beramal. Bukan iman yang kaku mahupun ilmu yang baku.

Mengharap Cinta

Hmm…macam tak ada kaitan jer tajuk entri ni dengan hujah di atas? Huhu…Pastikah tak ada?

Ku harap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Ku harap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Ni lah ayat jiwang nasyid ‘Ku Harap Cinta’. Rasanya semua orang boleh terima dan ‘layan’ rangkap-rangkap ini. Baik yang muda, tua; remaja, dewasa; lelaki dan perempuan. Dengan kata lain, orang beriman pun mencari cinta. Bukan orang yang suka ber’hu-ha’ sahaja.

Di manakah kejujuran?
Di manakah keikhlasan?
Di manakah ketulusan?
Di manakah keikhlasan?
Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran dan keikhlasan…cinta.

Perkataan ‘CINTA’ hari ini dah jadi sangat ambiguous. Sampai nasyid ketuhanan pun dah jadi nasyid jiwang. Tapi segalanya berbalik kepada niat dan hati tadi. Haaa…ada kaitan, kan?

Kalau dah hari-hari kita dengar lagu jiwang, nasyid ketuhanan pun kita faham sebagaimana kita faham lagu jiwang;

Kalau dah tiap-tiap bulan kita tengok filem jiwang, yang berseni cinta islami pun kita feel macam cerita jiwang;

Kalau dah tiap-tiap tahun kita bertukar pasangan cinta, yang berkahwin atas dasar iman yang benar pun kita anggap cinta mereka sama sepertimana kita rasa tatkala jatuh cinta mahupun bermadu asmara di bawah pokok ketapang sambil disinari cahaya rembulan jua didendangkan lagu cinta dari drama ‘Adamaya’ dan kisah-kisah sinetron cinta seumpamanya…fuh! Hehe. Letih tak membaca?

Umpama Masakan Ibu

Sepertimana masakan ibu yang penuh kasih sayang dirasakan terlalu enak jika nak dibandingkan dengan masakan di kafeteria kolej, begitu jugalah cinta yang ikhlas atas nama Allah, Pencipta kita berbanding cinta terhadap manusia yang berbaur nafsu dan kehendak haiwani. Rupa mungkin sama tapi rasanya berlainan. Kedua-duanya mungkin cinta, tetapi bila niat dan asal-usulnya berlainan, natijahnya juga berlainan.

Mungkin pemahaman ini asing bagi sesetengah daripada kita. Tapi siapa yang harus dipersalahkan melainkan diri sendiri tatkala kita endah-tak-endah akan al-Quran yang seharusnya menjadi panduan. Jika pemahaman ini asing bagi kita, itu tandanya al-Quran juga makin terasing daripada kehidupan kita.

Carilah cinta yang abadi…yang dapat kau ikhlaskan seluruh hidupmu, semampu kamu.

~ alwalid, 2011

Advertisements

One Response to “Ku Harap Cinta.”

  1. Sharifah moque Says:

    Lama dah menunggu blog ini diupdate… Akhirnya!!! Nah, satu entry yang menyegarkan.

    Berkahwin atas dasar iman yang benar-things to ponder

    Jazakallah khair for reminder


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: