Aku dan Blog

Oktober 21, 2008

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh.

Ini adalah entri pertama sebaik berpindah dari httt://khuledth.blogspot.com. Laman itu aku tinggalkan buat menempah pengalaman baru…berhijrah ke arah yang lebih baik insyaAllah.

Sebahagian daripada entri-entri di dalam blog ini nanti akan diambil daripada laman blogspot yang masih dikekalkan. Semoga mendapat manfaat.

————————————-

word

Acap kali diri ingin mengabadikan secebis perasaan dalam barisan kata-kata indah, kata-kata ditelan masa sebelum sempat dicoretkan. Ia hilang bersama perasaan damai yg berlalu meninggalkan saat demi saat, detik demi detik. Jika berjaya dinukilkan sekalipun, efeknya tidak pernah sama apabila dibacakan sekali lagi. Lebih menakutkan apabila perasaan tersebut seperti meronta-ronta minta dilepaskan dari kongkongan baris kata tanda protes enggan diabadikan.

Lelayang selalu sahaja di salah anggap. Mereka kata lelayang bahagia kerna mampu terbang bebas di udara tanpa hirau hiruk-pikuk daratan. Namun lelayang merasa sebaliknya. Lelayang akan hanya terbang dengan rasa bahagia jika ia dapat merasakan ada hubungan antara ia dan daratan – bila ada tali yang setia memautnya dari kejauhan daratan. Kerana tanpa tali lelayang akan hilang arah. Lelayang akan tenggelam punca.

Lelayang merasa paling bahagia apabila ia berada di daratan di sisi pengemudinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: