Sempurnakan Ku

Ogos 2, 2011

Kau begitu sempurna

Kau sempurnakan ku

Kau hidup dan matiku

Kau lah segalanya

 

Semua tak bererti tanpamu

Semua hilang rasa tanpamu

Semua jadi tak tentu

Andai tiada kamu

 

Salahku meninggalkanmu

Sedang wujudku hanya kernamu

Andai ku punya masa

Izinkan aku kembali menyusun taubatku

 

Ya Allah ampunkan aku

Hanya kau pemilik hatiku selayaknya

Aku kini dalam gelita

Hanya redhamu akan sempurnakan ku

 

 

Selasa,

Tanggal 2 Ogos,

3.03 pm.

Marilah bersama-sama belajar ilmu sepanjang hayat.

 

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)

Masa: 8 pg – 1 tghr (Teori dan Amali)

2 – 5 petang (Gotong-royong memasak)

Tempat: Kolej Antarabangsa Ibu Zain

Yuran: RM 10.00

Sijil: Daripada Jabatan Agama Islam Selangor

Berminat? Hubungi Nik di 013 – 439 3316

Ku Harap Cinta.

Mac 7, 2011

Waaa…super jiwang tajuk entri ini. Haha. Udah ler lama tidak menulis. Bila mula nak menulis ayat ni pula yang menggerakkan. Cayalah!

Now – see – heart

Sebenarnya ini tajuk lagu nyanyian kumpulan Nowseeheart. Lama dah tak melayan lagu nasyid. Umum sekarang ramai yang minat lagu Maher Zain. Alhamdulillah, nasyid luar negara pun dah mula masuk Malaysia dan mendapat sambutan ramai. Nasyid Inggeris lagi!

Tapi sudahkah pandangan umum tentang hiburan dalam Islam telah diperbetulkan?

Mampukah nasyid yang didendangkan mencapai objektif dan matlamatnya?

Aikkkk…bernasyid pun ada objektif dan matlamat ke?

Haa…la! Everything has its purpose! Everything! Ia apa yang kita niatkan.

Niat sebagai neraca

Imam an-Nawawi rahimahullah telah menukilkan dalam kitab hadith 40-nya (Matan Arbain) yang meletakkan hadith niat di tempat yang pertama. Majoriti ulama hadith mengakui kepentingan hadith ini. Semua mesti pernah dengar kan?

َعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول “إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجـر إليه

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”

[Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Memahami, menjiwai, dan beramal

Aikkk…dah ubah nada dah entri ni. Mesti ramai malas nak teruskan membaca, kan?

Tapi sama ada kita setuju atau tak, ini adalah realiti. Banyak di antara kita hari ini membaca dan mendengar tetapi tidak memahami. Mendengar hadith selepas solat (seperti yang diamalkan di beberapa surau dan masjid) tetapi tak faham maksudnya. Sekadar ambil berkat mendengar. Sure Rasulullah SAW sedih kalau baginda ada di sekeliling kita. Hadith baginda yang mahal harganya itu dilayan sebegitu rupa. Yang mendengar malas membaca. Yang membaca malas memahamkan.

Macam mana dengan yang tak membaca dan mendengar langsung?

Huhu…no comment! Panjang pula nanti entri ni.

Walau apa pun percayalah, ilmu jika tidak difahami ibarat mencurah air ke daun keladi. Tapi bila ilmu difahami, akal akan ligat berfikir. Apabila ilmu dijiwai, hati akan tersentuh. Apabila akal dan hati bersatu, amal akan bertambah padu.

Ternyatalah, muslim itu orang yang beriman dan beramal. Bukan iman yang kaku mahupun ilmu yang baku.

Mengharap Cinta

Hmm…macam tak ada kaitan jer tajuk entri ni dengan hujah di atas? Huhu…Pastikah tak ada?

Ku harap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Ku harap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Ni lah ayat jiwang nasyid ‘Ku Harap Cinta’. Rasanya semua orang boleh terima dan ‘layan’ rangkap-rangkap ini. Baik yang muda, tua; remaja, dewasa; lelaki dan perempuan. Dengan kata lain, orang beriman pun mencari cinta. Bukan orang yang suka ber’hu-ha’ sahaja.

Di manakah kejujuran?
Di manakah keikhlasan?
Di manakah ketulusan?
Di manakah keikhlasan?
Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran dan keikhlasan…cinta.

Perkataan ‘CINTA’ hari ini dah jadi sangat ambiguous. Sampai nasyid ketuhanan pun dah jadi nasyid jiwang. Tapi segalanya berbalik kepada niat dan hati tadi. Haaa…ada kaitan, kan?

Kalau dah hari-hari kita dengar lagu jiwang, nasyid ketuhanan pun kita faham sebagaimana kita faham lagu jiwang;

Kalau dah tiap-tiap bulan kita tengok filem jiwang, yang berseni cinta islami pun kita feel macam cerita jiwang;

Kalau dah tiap-tiap tahun kita bertukar pasangan cinta, yang berkahwin atas dasar iman yang benar pun kita anggap cinta mereka sama sepertimana kita rasa tatkala jatuh cinta mahupun bermadu asmara di bawah pokok ketapang sambil disinari cahaya rembulan jua didendangkan lagu cinta dari drama ‘Adamaya’ dan kisah-kisah sinetron cinta seumpamanya…fuh! Hehe. Letih tak membaca?

Umpama Masakan Ibu

Sepertimana masakan ibu yang penuh kasih sayang dirasakan terlalu enak jika nak dibandingkan dengan masakan di kafeteria kolej, begitu jugalah cinta yang ikhlas atas nama Allah, Pencipta kita berbanding cinta terhadap manusia yang berbaur nafsu dan kehendak haiwani. Rupa mungkin sama tapi rasanya berlainan. Kedua-duanya mungkin cinta, tetapi bila niat dan asal-usulnya berlainan, natijahnya juga berlainan.

Mungkin pemahaman ini asing bagi sesetengah daripada kita. Tapi siapa yang harus dipersalahkan melainkan diri sendiri tatkala kita endah-tak-endah akan al-Quran yang seharusnya menjadi panduan. Jika pemahaman ini asing bagi kita, itu tandanya al-Quran juga makin terasing daripada kehidupan kita.

Carilah cinta yang abadi…yang dapat kau ikhlaskan seluruh hidupmu, semampu kamu.

~ alwalid, 2011

Kita dan Hidayah

Oktober 15, 2010

Seseorang bertanyakan kepadaku:

“nk tnye pd en khalid.. kenapa Allah tak mengkehendaki utk kite memperoleh hidayah padanya?sedangkan Allah mncipta manusia utk kite beribadah kepadanya… saye tahu konsep n care2 utk dpt hidayah..mase belajar kt sekolah dululah tp…adakah …konsep dapat hidayah atau tak ini berada di luar batas pemikiran kite..?n bagaimana kite nk kekalkan anugerah hidayah ini?adakah dgn istiqamah dalam beramal boleh membantu?maklum saje..pengaruh syaitan berada dimana2..takut diri tak mampu melawannya kelak.. nauzubillah.. harap en boleh wt saye lebih memahami secara mendalam konsep ini..thanks..”

……………………………………….

Bicara kita bicara hidayah

Pertama-tamanya kita panjatkan kesyukuran kpd Allah SWT krn memandu kita utk berbicara hal-hal Islam di laman maya ini, yg pada masa yg sama menjadi medan pelbagai bicara (termasuklah yg mengundang dosa). Alhamdulillah, dalam jutaan mahupun billion bicara, kita ditakdirkan utk menghayati bicara ini, di sini, pada ketika ini. Sebaik anda merelakan diri untuk meneliti bait-bait ini, ketahuilah bahwa anda sedang menikmati sebahagian daripada hidayah Allah SWT. Ya, ia semudah itu!

Bicara Al-Ghazali tentang Tawfiq

Imam al-Ghazali tatkala membincangkan perihal taufiq, ia membahagikannya kpd 4: (1) hidayah (petunjuk, ilmu) (2) rusyd (pengarahan Ilahi) (3) tasdid (pimpinan Ilahi) (4) ta’id (kekuatan dr Ilahi). Begitu terperinci pembahagiannya. Bertanyalah kepada diri kita, taufiq dlm bentuk yg bagaimana belum & sudah kita peroleh? Benarkah kita tidak pernah disentuh oleh hidayah atau kita yang tidak menghargainya apabila ia hadir di depan mata? Sesungguhnya kita telah diberi pilihan! (91: 8-10)

Imam al-Ghazali turut menegaskan bhw taufiq ini adalah anugerah Allah SWT yg dikurniakan secara percuma kdp hamba-Nya. Ia tidak memerlukan hujah amal yg bertahun-tahun mahupun dosa berulang-ulang. Lantaran ianya percuma, ramai yang ‘take it for granted’! Pasti kita pernah mendengar hadith qudsi yang menerangkan bagaimana orang yang beriman ditanya oleh Allah SWT samada ia ingin masuk syurga kerana banyaknya amal beliau atau kerana rahmat-Nya? (‘google’lah kisah ini). Ternyata amalnya tidak cukup pun utk membayar mahar nikmat matanya!

Kita dan Amal

Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan para sahabat:

”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Justeru, mengapa kita beramal? Ramai di antara kita hari ini tewas dlm amal. Amal hanya menjadi ritual kosong laksana perut yg lapar diisi tetapi tidak diketahui apakah yg diisi itu mempunyai kesan positif atau negatif pada tubuh. Amal itu adalah tanda-tanda org yg beriman. Iltizam pada amal adalah tanda-tanda org yg yakin dgn janji Allah. Istiqamah pd amal itu adalah tanda-tanda org yg cintakan pertemuannya dgn Allah. Amal tidak lain dan tidak bukan adalah jalan kita menyucikan diri utk melayakkan diri mengecapi kebahagiaan hakiki di akhirat. Amal adalah jalan kejayaan yg sebenarnya. Inilah perspektif, inilah perasaan, inilah wawasan dan inilah prinsip kehidupan soerang muslim.

Allah Maha Berkehendak

Persoalan terhadap relevannya kehendak Allah (kenapa dia diberi dan dia pula tidak?) tidak sepatutnya wujud kerana Allah itu Maha Berkehendak. Tidaklah manusia boleh menolaknya mahupun layak mempersoalkannya kerana selain Allah itu Maha Berkehendak, Dia juga Maha Mengetahui (Maha Luas Ilmunya). Sepertimana kita selalu jarang mempersoalkan pengajaran kuliah oleh pensyarah, lebih besarlah lagi perasaan kita untuk tidak mempersoalkan ketetapan Allah SWT. Rasulullah SAW jg ditegur utk tidak bersedih terhadap oranfg-orang kafir yg masih menolak dakwahnya. Yang Allah lihat adalah usaha (amal) bukannya natijah. Kita hari ini banyak berlegar-legar sekitar isu memahami kehendak Allah sedangkan kita tidak diajar untuk memikirkannya (how?). Sebaliknya kita diajar untuk mencari maqasid (hikmah) (why?).

Dakwah dan Hidayah

Lihatlah hal ini dari sudut pandangan dakwah. Yang menerima kita saudarakan hingga menjadi sebahagian drpd diri kita. Yang masih hanyut dipimpin penuh kasih. Yang menentang kita kita tepis dgn penuh hikmah. Sesungguhnya dunia ini pernah disimbahi dgn cahaya hidayah yang bergemerlapan tatkala tamadun Islam di puncak dunia. 2/3 dunia merasai nikmatnya – tanpa mengenal batasan warna, bangsa, wilayah, mahupun agama.

Saya berlindung dengan Allah SWT atas segala kesalahan dan khilaf yang saya timbulkan. Tiada sebaik-baik panduan melainkan hidayah Allah SWT. Mohon diperbetulkan andai saya tersalah bicara.

alwalid151,

UKM Bangi.

 

Pertama-tamanya kita panjatkan kesyukuran kpd Allah SWT krn memandu kita utk berbicara hal2 islam di laman maya ini, yg pada masa yg sama menjadi medan pelbagai bicara (termasuklah yg mengundang dosa). Alhamdulillah, dalam jutaan mahupun billion bicara, kita ditakdirkan utk menghayati bicara ini, di sini, pada ketika ini. Sebaik anda merelakan diri untuk meneliti bait-bait ini, ketahuilah bahwa anda sedang menikmati sebahagian daripada hidayah Allah SWT. Ya, ia semudah itu!

 

Imam al-Ghazali tatkala membincangkan perihal taufiq, ia membahagikannya kpd 4: (1) hidayah (petunjuk, ilmu) (2) rusyd (pengarahan Ilahi) (3) tasdid (pimpinan Ilahi) (4) ta’id (kekuatan dr Ilahi). Begitu terperinci pembahagiannya. Bertanyalah kepada diri kita, taufiq dlm bentuk yg bagaimana belum & sudah kita peroleh? Benarkah kita tidak pernah disentuh oleh hidayah atau kita yang tidak menghargainya apabila ia hadir di depan mata? Sesungguhnya kita telah diberi pilihan! (91: 8-10)

 

Imam al-Ghazali turut menegaskan bhw taufiq ini adalah anugerah Allah SWT yg dikurniakan secara percuma kdp hamba-Nya. Ia tidak memerlukan hujah amal yg bertahun-tahun mahupun dosa berulang-ulang. Lantaran ianya percuma, ramai yang ‘take it for granted’! Pasti kita pernah mendengar hadith qudsi yang menerangkan bagaimana orang yang beriman ditanya oleh Allah SWT samada ia ingin masuk syurga kerana banyaknya amal beliau atau kerana rahmat-Nya? (‘google’lah kisah ini). Ternyata amalnya tidak cukup pun utk membayar mahar nikmat matanya!

 

Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan para sahabat: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

 

Justeru, mengapa kita beramal? Ramai di antara kita hari ini tewas dlm amal. Amal hanya menjadi ritual kosong laksana perut yg lapar diisi tetapi tidak diketahui apakah yg diisi itu mempunyai kesan positif atau negatif pada tubuh. Amal itu adalah tanda2 org yg beriman. Iltizam pada amal adalah tanda2 org yg yakin dgn janji Allah. Istiqamah pd amal itu adalah tanda2 org yg cintakan pertemuannya dgn Allah. Amal tidak lain dan tidak bukan adalah jalan kita menyucikan hati utk kita melayakkan diri mengecapi kebahagiaan hakiki di akhirat. Amal adalah jalan kejayaan yg sebenarnya.

 

Persoalan terhadap relevannya kehendak Allah (kenapa dia diberi dan dia pula tidak?) tidak sepatutnya wujud kerana Allah itu Maha Berkehendak. Tidaklah manusia boleh menolaknya mahupun layak mempersoalkannya kerana selain Allah itu Maha Berkehendak, Dia juga Maha Mengetahui (Maha Luas Ilmunya). Sepertimana kita selalu jarang mempersoalkan pengajaran kuliah oleh pensyarah, lebih besarlah lagi perasaan kita untuk tidak mempersoalkan ketetapan Allah SWT. Rasulullah SAW jg ditegur utk tidak bersedih terhadap org2 kafir yg masih menolak dakwahnya. Yang Allah lihat adalah usaha (amal) bukannya natijah. Kita hari ini banyak berlegar-legar sekitar isu memahami kehendak Allah sedangkan kita tidak diajar untuk memikirkannya (how?). Sebaliknya kita diajar untuk mencari maqasid (hikmah) (why?).

Independence

Ogos 6, 2009

Labor

Independence is not just a state of being. It is a task.

Hope.

Jun 6, 2009

a_Given_Hope_by_Barfly_Dance

Hope is a dimension of the spirit.

It is not outside us, but within us. When you lose it, you must seek it again WITHIN YOURSELF and in PEOPLE around you – not in objects or even in events.

Dakwah Yang Asing

Februari 5, 2009

Ramai bertanya tentang dakwah. Ada yang bernada sangsi. Ada juga yang benar-benar ingin mengisi ruang inkuiri. Tak kurang juga yang ingin memancing faham untuk mengambil bahagian dalam usaha dakwah yang murni.

Andai ada yang bertanya tentang dakwah kepadaku, akan ku katakan bahawa dakwah itu adalah seruan kepada meng-Ilahkan Allah SWT. Ia peringatan akan kekuasaan Allah SWT, perihal syurga dan neraka, perihal dosa dan pahala, perihal kehidupan dunia dan akhirat. Tiadalah dakwah itu membawa kepada membesarkan seorang ulama mahupun pemimpin. Tidak juga dakwah itu menyeru kepada mengagungkan sebuah organisasi. Bahkan mustahil untuk dakwah itu menggunakan sebarang anasir demi kemenangan yang dicita tanpa mengira halal haram.

Andai ada yang bertanya kepadaku akan nilai dakwah, akan ku katakan kepada mereka bahawa dakwah itu lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. Usah dibanding dakwah dengan segulung ijazah, pangkat, harta bertimbun mahupun nikmat dunia yang tidak akan sudah diteroka seumur hidup kerana ia tidak layak sekalipun diletakkan pada neraca yang sama. Dakwah itu lebih mulia dan berharga daripada semua itu. Kerana itulah para pendakwah rela memilih miskin daripada kaya, ikhlas berbanding nama, pahala berbanding harta.

Andai ada yang bertanya tentang halatuju dakwah, akan ku katakan bahawa dakwah itu ingin membawa manusia kepada meng-Esakan Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain termasuklah nafsu, syahwat, harta, pangkat, kelab bola sepak, artis, kereta lamborgini, ps3 dan yang seumpama dengannya. Dakwah itu ingin membawa manusia kepada berhukum dengan hukum Allah, bekerja kerana Allah, berkasih-kasihan kerana Allah, berbelanja kerana Allah, melancong kerana Allah, berjihad kerana Allah dan seumpama dengannya. Dakwah itu ingin memperlihatkan kepada manusia bahawa janji Allah bahawa Islam itu adalah rahmat sekalian alam sebagai hakikat yang jelas lagi terang kebenarannya.

Andai ada yang bertanya bagaimana dakwah melakukan semua itu, akan ku katakan kepada mereka bahawa dakwah bermula dengan mengajak manusia memperteguhkan akidah dengan mendisiplinkan diri dengan ibadah khusus dan sunat. Kemudian, dakwah berusaha membina keperibadian akhlak yang tinggi nilainya berlandaskan ikatan akidah dan ukhuwah. Berbekalkan keteguhan akidah, amal dan akhlak ini, dakwah akan menyebar-luas kebajikan, ketinggian nilai dan kehormatan manusiawi. Ia bermula dengan ahli keluarga, kenalan, jiran, kawan sepejabat, rakan niaga hinggalah kepada pemimpin tempatan mahupun antarabangsa. Dakwah berhasrat membina rangkaian ekonomi berkebajikan, rangkaian sosial sejahtera, pemerintahan yang adil, pendidikan bermutu, gaya hidup sihat, ekosistem seimbang, dan sistem pertahanan yang kuat. Dakwah berhasrat membina wilayah contoh yang bakal menjadi nilai dakwah yang jitu kepada wilayah-wilayah lain. Semua ini dicapai berbekal iman. Semua ini juga dicapai untuk membawa manusia kepada beriman kepada Allah.

Andai ada yang bertanya bagaimana mungkin dakwah memikul impian sebesar itu, akan ku katakan kepada mereka bahawa dakwah ini dengan izin Allah akan tersebar luas dengan bilangan pengikut yang cukup ramai untuk memikul beban ini. Ia tanggungjawab setiap muslim yang sedar akan hakikat tuntutan syahadah yang memintanya supaya berusaha sedaya-upayanya untuk bersaksi kepada keluarga, rakan, jiran mahupun dunia sekalipun bahawa Allah itu Maha Pencipta dan kepada-Nyalah kita akan kembali dan kepada-Nya jualah kembali segala urusan.

Andai ada yang masih bertanya bagaimana mungkin dakwah boleh berjaya sedang dunia kini dikuasai kuasa barat daripada semua sudut, akan ku katakan kepada mereka bahawa kejayaan Islam itu pasti. Janji Allah itu pasti. Islam itu bakal kembali memerintah dunia sebelum sangkala ditiupkan. Islam akan bangkit dengan semangat juang dan jihad mukmin yang yakin dengan janji Tuhannya. Mungkin pendakwah hari ini tidak dapat menyaksikan episod kejatuhan Rom Barat tapi mereka boleh berbangga bahawa mereka mempunyai saham yang dilabur demi jihad yang sama. Sesungguhnya amal dan usaha kita yang bakal dihitung dan bukannya sejauh mana kejayaan yang dikecapi. Usaha itu pilihan kita manakala kejayaan itu hak Allah untuk menganugerahkannya kepada golongan yang layak pada masa yang telah ditetapkannya.

Andai masih ada yang bertanya, akan ku katakan bahawa sekadar ini sahaja layak untuk aku berkata-kata kerana aku bimbang aku bicara perkara yang tidak aku amalkan. Aku bimbang masa aku berbicara memendekkan lapangan amal yang tersedia buatku dalam usia sesingkat ini. Sesungguhnya benarlah bahawa medan bicara itu lebih luas daripada medan amal, medan amal itu lebih luas daripada medan jihad. Masa yang kita ada tidak sebanding dengan kerja yang kita miliki. Izinkan aku menyahut panggilan amal. Doakan supaya aku terpilih menyarung sepatu jihad. Aku doakan semoga persoalan mereka terjawab sebelum maut menjemput mereka. Moga Allah merahmati golongan yang bertanya.

Manusia lahir ke dunia bertemankan nafsu. Berlalunya masa, manusia mengembangkan paradigmanya berbekalkan potensi akal yang dianugerahkan kepadanya; tidak kepada haiwan mahupun malaikat. Justeru, baligh menjadi titik tolak kepada pentas pertanggungjawaban yang menguji imbangan nafsu dan akal manusia.

Tiadalah pelan struktur imbangan yang lebih lengkap dan tinggi nilainya selain yang terkandung di dalam kalimah-kalimah Ilahi dan anjuran-anjuran ar-Rasul. Ia panduan di masa sukar mahupun senang, lelah mahupun ghairah, gelap mahupun cerah.

Al-Quran dan As-Sunnah memberikan kepada manusia gambaran besar akan hakikat penciptaan alam dan manusia itu sendiri. Keduanya membantu manusia membentuk imej yang tidak tergambarkan oleh pandangan dunia yang sempit dan statik. Keduanya bergabung lantas menunjuki manusia akan hakikat alam al-wujud yang terpapar di lensa retina mahupun iman.

Alangkah ruginya manusia apabila mereka mengabaikan al-Quran dan as-Sunnah, menyisihkan keduanya daripada hidup mereka yang dirasakan cukup lengkap berbekalkan timbunan kalam ilmu sains, ilham manusiawi, dan imaginasi-imaginasi. Tidakkah manusia itu sedar tindakannya itu umpama membiarkan sebiji telur terbiar tanpa cengkerangnya, umpama seorang perajurit memilih tombak berbanding M-16. Bukankah itu satu kerugian yang jelas dan ternyata keanak-anakan sifatnya?

Ternyata kecenderungan manusia memilih jalan keanak-anakan telah menyebabkan kerugian kepada dirinya sendiri dan dunia seluruhnya. Menyisihkan al-Quran dan as-Sunnah tidak hanya merugikan muslim malah alam sejagat kerana Islam itu adalah rahmat buat sekelian alam. Namun, janji Allah itu benar dan seharusnya akan muncul segolongan manusia yang sedia beriltizam dengan syariatnya sebagai pengganti manusia-manusia yang berpuas-hati untuk terus leka lena dibuai igauan jiwa keanakan-anakan mereka.

“Hidup itu kelana mencari Tuhan

Lalu dibekal Taurah dan Injil

Sayang ditukar diubah ikut igau dan ghairah

Quran anugerah buat diri iltizam berserah

Pengubat barah parah berdarah

Resepi hidup lebih berarah”

Setiap kali masa menyusun langkah mendekati jiwa-jiwa untuk menjemput mereka ke daerah kehidupan seterusnya, rentaknya terkesan dengan kehadiran malaikat ar-Rahmah. Bertandangnya utusan ghaib ini sentiasa dinanti-nantikan masa. Ketika itulah masa bisa menggunakan azimatnya untuk menanam tenang ke dalam jiwa-jiwa yang layak menerimanya.

Masa tidak pernah melanggar sunnahtullah. Tidak pernah lewat mahupun cepat walau sesaat. Kerana itu manusia sering berlumba mengejar masa. Masa itu lebih mahal daripada bongkah-bongkah emas. Masa adalah kehidupan. Tanpanya nafas tidak bermakna, degup jantung hanyalah sia-sia.

Manusia sering alpa akan nilaian masa. Masa yang tak ternilai harganya, bilamana dianugerahkan secara percuma kepada manusia yang fitrahnya pelupa, acap kali dihabiskan dengan acara-acara pesta kehidupan yang sia-sia dan merugikan. Bukankah masa itu ruang untuk mengumpul amal dan taqwa untuk tiket ke syurga?

Amat rugi manusia yang sering menghabiskan masanya dengan amal yang sia-sia. Lebih malang lagi mereka yang terus menerus menghabiskan masa selepas ia tahu akan nilaian peluang yang dibazirkannya. Usah kita berterusan dengan gaya  hidup yang sia-sia yang tidak menambah bekalan kita menghadap yang Maha Esa. Yang telah berlalu takkan kembali. Yang bakal mejelang harus ditempuhi dengan tekad amal yang berterusan.

Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai daripada masa yang diberkati dengan amal dan taqwa. Percayalah bahawa amal baik walau sehari bisa menghapus takungan dosa yang berdekad lamanya…kerana sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas daripada langit dan bumi ini seisinya.

Perhamba dirimu pada Maha Pencipta

Akan kau lihat dunia datang kepadamu

Masa menambah ceria hidupmu

Hingga kau rasa ajal yang dekad

Adalah anugerah buatmu

Jemputan menghadap Yang Maha Memiliki